Polis minta bantuan kesan Mohd Ridzlan, hilang sejak 12 Ogos

Sinar Harian
Ogos 20, 2024 13:20 MYT
Mohd Ridzlan tinggal di Kampung Masjid Lama, Batu Hampar keluar rumah pada 12 Ogos lalu. -Sinar Harian
REMBAU: Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak sembilan hari lalu di daerah ini.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata, Mohd Ridzlan Ahmad, 43, tinggal di Kampung Masjid Lama, Batu Hampar di sini keluar rumah pada 12 Ogos lalu.
"Pihak polis menerima laporan mengenai kehilangan lelaki tersebut pada 16 Ogos lepas yang mana fizikalnya dia berketinggian 160 sentimeter, berambut pendek dan berkulit cerah.
"Dia mempunyai penyakit kulit vitiligo. Kali terakhir isterinya melihat suaminya itu di hentian bas Rembau selepas diminta dihantar ke lokasi berkenaan untuk menemani rakannya ke Kelantan," katanya ketika mengesahkan laporan pada Selasa.
Justeru katanya,orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Mohd Rizdlan atau berkaitan diminta menyalurkan maklumat di balai polis berhampiran.
"Boleh juga menghubungi pegawai penyiasat kes SM Saawal Alias di talian 013-6077326 bagi membantu siasatan," katanya. -Sinar Harian
#Mohd Ridzlan Ahmad #Kampung Masjid Lama Batu Hampar #penyakit kulit vitiligo #hentian bas Rembau