Polis Daerah Melaka Tengah mempertingkatkan kawalan dengan mewujudkan tiga pasukan petugas khas bagi memutuskan rantaian pandemik COVID-19 di daerah itu selepas dikategorikan sebagai zon merah.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Afzanizar Ahmad berkata, langkah itu bagi mengawal pergerakan yang tidak perlu sekali gus mempertingkatkan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Untuk tingkatkan pematuhan orang ramai kepada PKP, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka tengah mewujudkan tiga pasukan ‘task force’ bagi mengadakan sekatan jalan raya (SJR) secara ‘mobile’ (bergerak) di lokasi-lokasi tertentu.
“Pasukan ini akan mendirikan SJR di dua atau tiga lokasi berbeza setiap hari berdasarkan hasil pemantauan atau aduan-aduan yang diterima,” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.
Dalam pada itu Afzanizar berkata, lokasi SJR juga akan ditambah kepada lapan lokasi tetap berbanding enam lokasi sebelum ini yang dijalankan di daerah itu, dalam tempoh 24 jam.
Jelasnya, sejak tempoh PKP fasa pertama sehingga Jumaat, polis daerah Melaka Tengah telah menerima 155 laporan dan membuka 101 kertas siasatan.
“Manakala jumlah kes yang dikompaun bermula 8 April lalu adalah sebanyak 35 kes yang membabitkan 57 individu,” tambahnya.
BACA: 44 kes positif, Melaka Tengah daerah terbaharu dikategori zon merah
Daerah Melaka Tengah, Melaka menjadi kawasan terbaharu yang dikategorikan sebagai zon merah COVID-19, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan zon tersebut meningkat kepada 26 kawasan di seluruh negara setakat 12 tengah hari Jumaat.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM), daerah tersebut mencatatkan 44 kes positif pandemik tersebut.
Melaka Tengah sekali gus menjadi daerah kedua di negeri itu yang diklasifikasikan sebagai zon merah selepas Jasin (61 kes) manakala satu lagi daerah iaitu Alor Gajah di kategorikan sebagai zon jingga dengan 28 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu adalah 133 kes.
Shuhada Abdul Kadir
Sat Apr 11 2020
Anggota polis membuat sekatan jalan raya di Lebuhraya Lebuhraya Alor GajahMelaka TengahJasin (AMJ) bagi memantau pergerakan orang ramai susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan. --fotoBERNAMA/Fail
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Geng remaja curi motosikal EX5 tumpas
Semua remaja lelaki berusia 13 hingga17 tahun itu ditahan dalam serbuan berasingan di Melaka Tengah.
Empat pencuri sarang kelulut ditahan
Polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 55 tahun berhubung kecurian 10 batang pokok yang merupakan sarang kelulut di Kampung Bukit Kecil Paya Dalam.
Geng Fendy curi kenderaan tumpas
Kegiatan jenayah Geng Fendy yang mencuri kereta berjaya ditumpaskan polis dalam dua serbuan berasingan pada Sabtu.
Pekerja asing merusuh tidak puas hati rakan meninggal dunia
Kumpulan pekerja asing itu membuat provokasi dengan membaling batu dan merosakkan pondok pengawal di bahagian depan asrama.
Polis tidak pernah halang mana-mana pihak hulur bantuan untuk rakyat
Polis Diraja Malaysia tidak pernah menghalang sebarang usaha atau program bantuan oleh mana-mana pihak kepada rakyat yang terjejas ekoran COVID-19.
Polis nafi sekeluarga meninggal dunia di rumah ketika kuarantin COVID-19
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad berkata, setakat petang Rabu, tiada sebarang laporan diterima membabitkan kes berkenaan.
Polis nafi sekeluarga ditemui mati dalam rumah ketika kuarantin COVID-19
Polis menafikan video tular satu keluarga meninggal dunia dalam rumah di Taman Merdeka, di sini yang dikaitkan dengan COVID-19.
Guru terlibat SPM boleh guna laluan khas di SJR - Polis
Kebenaran itu bagi memastikan peperiksaan SPM yang dijalankan di 39 buah sekolah seluruh daerah ini berjalan dengan lancar.
Pemandu lori ditahan baling bom botol akibat cemburu
Lelaki berusia 50 tahun itu ditahan pada jam 10 malam iaitu kira-kira empat jam selepas suspek melakukan perbuatan tersebut.
Kawasan pencarian dua nelayan dikhuatiri lemas diperluas
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad berkata, operasi turut mendapat bantuan unit udara Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta nelayan tempatan.