Polis Marin rampas 11,050 karton rokok putih, dua 'tonto' ditahan
Bernama
Oktober 20, 2019 14:58 MYT
Oktober 20, 2019 14:58 MYT
Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas 11,050 karton rokok tidak sah bernilai RM2.06 juta dalam satu serbuan di Lebuh Raya Pasir Gudang pada Ahad.
Menurut Pemangku Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, Superintendan Noor Azman Jamal, serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Pasukan Khas PPM Bukit Aman disertai anggota polis dari Balai Polis Johor Jaya.
Suspek yang berusia 32 tahun membawa rokok berkenaan menggunakan sebuah lori sebagai taktik untuk mengaburi pihak berkuasa.
Seorang lagi suspek berusia 38 tahun yang memandu kenderaan jenis Toyota Altis turut dipintas pihak polis sebelum ditahan.
Pemeriksaan mendapati, kedua dua suspek dipercayai tonto sindiket tersebut.
"Hasil pemeriksaan, kita menemui 221 kotak yang berisi 11,050 karton rokok tidak sah di dalam lori berkenaan,” katanya dalam sidang media pada Ahad.
Siasatan awal mendapati, kesemua rokok tidak sah itu dipercayai diseludup dari negara jiran untuk dipasarkan di negara ini.
Kesemua barang rampasan bernilai RM2.1 juta.
Kedua-dua suspek diserahkan kepada pihak polis untuk permohonan reman.
Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1976 kerana memiliki barang tanpa kelulusan daripada kastam.
#Bukit Aman
#Johor Bahru
#kastam
#Licik
#Media
#Pasir Gudang
#penyeludupan
#Rokok putih
#serbuan
#sindiket
#Tahan
#Taktik
#tidak sah
#tonto
#Tumpaskan