Polis Malaysia sahkan warga Korea Utara meninggal di KLIA

Bernama
Februari 14, 2017 21:01 MYT
Menurut Datuk Seri Mohmad Salleh (gambar), polis masih menyiasat identiti serta punca kematian lelaki tersebut.- Gambar fail
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh hari ini mengesahkan kes seorang lelaki warga Korea Utara meninggal dunia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.
Beliau berkata polis bagaimanapun masih menyiasat identiti serta punca kematian lelaki tersebut.
Mohmad dihubungi Bernama untuk mengesahkan laporan berita asing hari ini yang menyebut Kim Jong Nam, abang tiri lelaki pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un, dibunuh di Malaysia semalam.
Laporan agensi berita Reuters yang memetik sumber kerajaan Korea Selatan dan Polis Malaysia berkata lelaki itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dari KLIA.
Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed ketika dihubungai Bernama malam ini berkata, polis Malaysia masih menyiasat kes itu.
#dibunuh di KLIA #dibunuh di Malaysia #kim jong nam #Kim Jong-un #Mohmad Salleh #Pemimpin Korea Utara #polis Malaysia
;