Polis Kota Kinabalu sahkan terima laporan kes pelajar sekolah menengah dibuli

Abdul Hafiz Mustadi
Januari 18, 2023 16:50 MYT
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
KOTA KINABALU: Satu video tular di media sosial memaparkan sekumpulan pelajar lelaki memukul rakannya dipercayai berlaku di sebuah sekolah di Kota Kinabalu, Sabah.
Klip video berdurasi 23 saat itu tersebar di Twitter turut menyaksikan mangsa cuba mempertahankan diri daripada diserang kumpulan pelajar berkeaan.
Dalam klip video tersebut mangsa tidak membuat serangan balas selain disaksikan para pelajar lain yang berpakaian seragam sekolah.
Tular Video | Pelajar 'diserang' rakan sekolah
Memetik ciapan Twitter @InspEdmundReid Napoleon Solo, memohon Kementerian Pendidikan dan Menteri mengambil tindakan segera berhubung kes buli itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Katanya, siasatan masih dijalankan dan pihaknya giat mengesan pelajar terlibat serta ibu bapa pelajar masing-masing bagi membantu siasatan.
#Kota Kinabalu #kes buli #pelajar diserang #polis
;