Polis KL tawar 50 peratus diskaun saman bermula esok hingga Sabtu
Bernama
November 4, 2024 16:30 MYT
November 4, 2024 16:30 MYT
KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur menawarkan diskaun saman sebanyak 50 peratus kepada pesalah trafik bermula esok hingga Sabtu ini.
Ringkasan AI
- Polis Kuala Lumpur menawarkan diskaun saman sebanyak 50% kepada pesalah trafik dari esok hingga Sabtu ini, dengan kaunter dibuka di Balai Polis Tun H S Lee.
- Pembayaran saman boleh dilakukan secara bebas tunai, tetapi diskaun tidak termasuk saman kemalangan, saman bicara mahkamah, kategori tidak boleh kompaun, dan beberapa kesalahan lain seperti memotong secara berbahaya dan menggunakan lorong kecemasan.
- Kesalahan berkaitan kenderaan berat, pengubahsuaian ekzos, saman berstatus Op Selamat, dan memotong di garisan berkembar juga tidak termasuk dalam tawaran diskaun ini.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata kaunter akan dibuka di Balai Polis Tun H S Lee dan orang ramai boleh mengambil peluang membuat semakan serta pembayaran saman secara bebas tunai.
Mohd Zamzuri berkata tawaran diskaun berkenaan tidak termasuk bagi kes saman kemalangan, saman bicara mahkamah, kategori tidak boleh kompaun, memotong secara berbahaya, kesalahan menggunakan lorong kecemasan dan langgar lampu isyarat.
"Kesalahan berkaitan kenderaan berat, pengubahsuaian ekzos, saman berstatus Op Selamat dan kesalahan memotong di garisan berkembar turut tidak termasuk dalam tawaran tersebut," katanya ketika dihubungi hari ini.
-- BERNAMA