Polis KL minta kerjasama waris cam mayat mangsa mati mengejut

Astro Awani
Mei 21, 2014 18:42 MYT
Polis DiRaja Malaysia
Polis Kuala Lumpur meminta orang ramai supaya dapat bekerjasama bagi membantu membantu proses pengecaman dan tuntutan mayat seorang wanita bernama Balkiah Abdul Jalil.
Pegawai Media Polis KL, Inspektor Noryati Shawal berkata kerjasama waris simati diperlukan untuk melengkapkan siasatan berkenaan Laporan Mati Mengejut (SDR) wanita berusia 51 tahun itu.
Katanya alamat terakhir wanita berkenaan ialah di No 2329 Lorong Perdana 1A, Komplek Pejabat Kerajaan, Bukit Perdana, Jln Dato Onn, 50560 Kuala Lumpur.
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali penama tersebut bolehlah menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat SJN. Syed Roslan Bin Syed Uri ditalian di talian 013-2451616 atau Hotline Rakan Cop Polis Kuala Lumpur 03-21159999 / SMS ke 32728 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.
#pengecaman mayat #Polis Kuala Lumpur
;