Polis KL: FRU tidak akan dikerah

Astro Awani
Januari 12, 2013 09:56 MYT
Unit Simpanan Persekutuan (FRU) tidak akan dikerah bagi mengawal keadaan sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat hari ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh memberitahu ini kerana PDRM percaya pengajur akan mematuhi segala perjanjian seperti yang dipersetujui.
Bagaimanapun tegasnya, pihak polis sentiasa berada dalam keadaan siap sedia sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.
"Kita tidak akan menggerakan sebarang unit FRU kerana kita percaya ini perhimpunan aman. Kita tidak ramalkan sebarang perkara-perkara negatif yang akan berlaku," kata Mohmad Salleh ketika dihubungi Astro Awani.
Namun Mohmad Salleh kata pihak polis tetap dalam keadaan bersiap-sedia.
Keadaan di sekitar Puduraya dan laluan-laluan utama menghala ke pusat bandaraya agak lenggang tetapi terdapat beberapa kereta polis dan Unit Anjing (K9) di UTC Kuala Lumpur.
Peserta dijangka berarak dari beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur sebelum berhimpun di Stadium Merdeka jam 2 petang nanti.
#Datuk Mohmad Salleh #FRU #himpunan kebangkitan rakyat #PDRM
;