Polis kesan remaja perempuan hilang
Bernama
April 20, 2023 17:15 MYT
April 20, 2023 17:15 MYT
IPOH: Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak 11 April lepas.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata gadis itu dikenali sebagai Gayathri, 17, berkulit gelap, bertubuh gemuk dan beralamat di Jalan Pasir Puteh di sini, yang kali terakhir dilihat ahli keluarga pada 8 April.
"Sesiapa yang menjumpai atau mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada pegawai penyiasat kes Sarjan Rafidah Abdul Rashid di talian 013-7312477," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata orang awam juga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-2451500 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.
Difahamkan remaja itu tinggal bersama keluarga angkatnya sejak kecil dan baru selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
-- BERNAMA