Polis kesan lelaki mabuk, berkelakuan tidak senonoh di Langkawi

Adie Sufian Zulkefli
Julai 21, 2022 21:29 MYT
Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai mabuk dan berkelakuan tidak senonoh di Pulau Langkawi yang tular di media sosial baru-baru ini. - Foto media sosial
LANGKAWI: Polis Daerah Langkawi sedang mengesan lelaki dipercayai mabuk dan berkelakuan tidak senonoh di atas bumbung sebuah kereta pelbagai guna (MPV) yang tular di media sosial di Pulau Langkawi.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya telah menerima satu laporan berkaitan kejadian itu.
“Polis sedang menyiasat lokasi serta beberapa individu lain yang terlibat.
“Siasatan awal mendapati lelaki terbabit bersama rakannya yang lain merupakan pelancong dan dipercayai telah keluar dari Pulau Langkawi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Shahriman berkata, polis telah meminta kerjasama orang awam supaya membuat laporan sekiranya terjumpa suspek.
Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana mabuk dan berkelakuan tidak senonoh.
#Langkawi #mabuk #berkelakuan tidak senonoh #Tular #media sosial #MPV
;