Polis kesan individu promosi iklan judi dalam talian

Bernama
April 22, 2021 05:38 MYT
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Zairil Hazly Zulkifli di talian 017-4589997, atau boleh juga menghubungi mana-mana Balai Polis yang berhampiran.
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan, yang disyaki terlibat dalam penyebaran video mempromosikan perjudian dalam talian yang tular di media sosial, baru-baru ini.
Lelaki berkenaan dikenali sebagai Jonathan Tan Tee Hoe, berumur 34 tahun dengan nombor kad pengenalan 871128-14-5123.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata, individu yang dikehendaki itu bersabit siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 4 (1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Zairil Hazly Zulkifli di talian 017-4589997, atau boleh juga menghubungi mana-mana Balai Polis yang berhampiran.
“Kerjasama daripada semua pihak amatlah dihargai bagi membantu siasatan polis,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
-- BERNAMA
#siasatan #media sosial #polis #video #judi dalam talian #promosi #iklan #kesan
;