Polis kesan individu halang lalu lintas

Sinar Harian
Mac 28, 2022 22:45 MYT
Polis sedang mengesan dua individu terlibat dalam pergaduhan di Jalan Sungai Besi menerusi video yang tular pada Isnin. -Gambar fail/PDRM
Polis sedang mengesan dua individu terlibat dalam pergaduhan di Jalan Sungai Besi, Pudu di sini menerusi video yang tular pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, perselisihan faham antara kedua individu tersebut dimuat naik dalam video oleh seorang pemilik akaun TikTok.
"Video berkenaan menunjukkan berlaku perselisihan faham antara dua individu kira-kira jam 5.03 petang.
"Salah seorang individu terlibat telah menghalang laluan jalan raya di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Katanya, pihaknya telah mengesan individu terlibat dalam kejadian tersebut.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan berkaitan kejadian itu.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diharap agar segera tampil bagi membantu siasatan," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
#dua individu terlibat dalam pergaduhan #jalan sungai besi #Noor Dellhan Yahaya #menghalang laluan jalan raya