Polis kesan dua remaja lelaki hilang di Putatan

Bernama
Ogos 9, 2024 00:00 MYT
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai dua remaja ini boleh menghubungi balai polis berhampiran atau IPD Penampang atau Pegawai Penyiasat Insp Chee Yue Piew. - Foto Polis Daerah Penampang
PENAMPANG: Polis memohon bantuan orang ramai mengesan dua remaja lelaki yang dilaporkan hilang di Kampung Buit Hill, Putatan dekat sini, pagi semalam.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dalam kenyataan semalam memaklumkan kedua-duanya ialah Rezlo Mic Fadden Romineo, 15, dan Nicholas Chee Ping, 13.
"IPD Penampang menerima laporan berkaitan kehilangan dua remaja itu pada 10.18 pagi tadi," menurut kenyataan itu.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis berhampiran atau IPD Penampang menerusi talian 088-712222 atau Pegawai Penyiasat Insp Chee Yue Piew 016-666 8586.
-- BERNAMA
#remaja lelaki hilang #IPD Penampang #Putatan #dua remaja hilang