Polis Kerian minta orang ramai kesan lelaki hilang

Bernama
September 30, 2024 09:50 MYT
Polis mohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Zakaria Mamat, 51, yang dilaporkan hilang di Kuala Kurau sejak 13 Sept lepas. - Gambar IPD Kerian
IPOH: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Zakaria Mamat, 51, yang dilaporkan hilang di Kuala Kurau sejak 13 Sept lepas.
Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Juna Yusoff berkata, Zakaria beralamat Batu 12 1/2, Jalan Pantai, Kuala Kurau.
Beliau berkata, lelaki itu berketinggian 157 sentimeter, berat 60 kilogram, berambut pendek berwarna hitam, bermisai nipis, dan berbadan kurus dengan parut berlubang pada lengan kiri.
"Pakaian terakhir yang dikenakan ialah baju-T berwarna merah dan seluar kelabu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Juna meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi pegawai penyiasatkes Sarjan Mejar Sukri Azali di talian 016-4452598 atau hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian di talian 05-7212222.
- BERNAMA
#lelaki hilang #Polis Kerian #Zakaria Mamat #Zakaria Mamat hilang
;