Polis Kuala Lumpur sudah mengenal pasti suspek yang merempuh pagar Universiti Malaya (UM) pada malam program pidato bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim Isnin lepas.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Law Hong Soon berkata, pihaknya sudah meneliti rakaman video dan gambar yang diperolehi dan semua suspek akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
"UM sendiri sudah membuat laporan dan kita sudah menerimanya. Ia kini dalam siasatan.
"Suspek akan didakwa di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan.
"Jika sabit kesalahan ia membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya," katanya semasa sidang media selepas merasmikan Operasi Bersepadu Bukit Bintang, KLCC (BBKLCC) dan Program Walkabout di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Datuk Dr. Amin Khan dan Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM ), Tan Sri Robert Phang.
Pada Isnin, Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) meneruskan program pidato Anwar di kampus itu walaupun pengurusan kampus mengeluarkan larangan menerusi Timbalan Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Rohana Yusof.
Dalam insiden itu, kira-kira 300 belia termasuk beberapa pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) merempuh masuk pintu pagar UM pada 9.20 malam untuk menghadiri acara pidato Anwar yang kononnya dijadualkan di dewan itu.
Program itu tidak mendapat kebenaran UM dan pihak keselamatan universiti itu mengunci pintu pagar utama universiti.
Ketika mengulas operasi berkenaan, Hong Soon menjelaskan, ia merupakan penganjuran kali kedua selepas yang pertama pada 15 sehingga 19 Mac lepas.
"Operasi ini memberi tumpuan antaranya kepada jenayah jalanan, penyalahgunaan dadah, pendatang tanpa izin dan perniagaan tanpa lesen," jelasnya.
Hong Soon, Robert Phang dan Dr. Amin menyampaikan cenderahati kepada pengunjung di sebuah kompleks membeli belah sempena Operasi Bersepadu BBKLCC dan Program Walkabout di Kuala Lumpur - Gambar Astro AWANI
Sementara itu dalam perkembangan berasingan, Dr. Amin memberitahu, laporan sebuah akhbar mengenai penganjuran sebuah bengkel Pemandu di Pulau Pinang adalah tidak benar.
Ujarnya, akhbar berkenaan juga tidak merujuk kepadanya sebelum sesuatu berita disiarkan.
"Bagaimana mereka boleh memberitahu isu yang tidak benar. Memang bengkel itu diadakan namun butirannya tidak betul sama sekali.
"Angka yang dipaparkan juga tidak tepat selain boleh menimbulkan salah faham pembaca lain," ujarnya.
Pada Isnin, sebuah portal berita menyiarkan laporan penganjuran bengkel oleh Pemandu yang menelan belanja RM85,000 dan melibatkan 100 pegawai polis.
Astro Awani
Thu Oct 30 2014
Polis kenal pasti suspek rempuh pagar UM
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Polis rampas rokok putih bernilai RM473,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada kira-kira 1.30 pagi ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
Kremlin nafi dakwaan isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov menafikan dakwaan bahawa isteri pemimpin rejim Syria yang digulingkan, Bashar al-Assad memohon cerai.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Dalam kenyataan kepada media, jurucakap tentera Nadav Shoshani menyatakan bahawa banyak senjata tersebut berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
PM ingatkan syarikat jaga kepentingan bumiputera tidak khianati amanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan syarikat yang menjaga kepentingan bumiputera supaya tidak mengkhianati amanah diletakkan dalam menjaga kepentingan golongan itu.
Bersih gesa PM Anwar henti amalan lantikan politik dalam GLC
Amalan lantikan politik yang sudah diamalkan oleh pentadbiran sebelum ini, dakwanya, telah menyebabkan rasuah dan salah urus GLC.
Rakyat kecewa, letih wakil rakyat senang lompat parti - ISMA
Negara akan menjadi tidak stabil, pelabur akan semakin bimbang dan ramai yang akan keluar dari melakukan perniagaan dan pelaburan di negara kita.
PRK Port Dickson: Hishammuddin tak setuju tiada calon BN
Hishammuddin bagaimanapun menghormati keputusan itu kerana ia melibatkan suara daripada semua pihak termasuk akar umbi.
Calon Tun M jadi PM: Kalau saya pelabur saya fikir dua tiga kali - Khairy
Mengulas pemilihan pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang PRU14 akan datang, tidak mustahil jawatan itu hanya akan dipegang sementara waktu.
Muhyiddin sendiri harus redakan gerakan Bersih - Bastien
Bastien Onn berkata ia merupakan strategi yang memungkinkan gerakan Merah menghentikan sebarang cubaan provokasi daripada kumpulan Bersih sendiri.
1MDB: Anwar tidak mungkin terlibat dalam pemalsuan fakta, kata Nurul Izzah
Nurul Izzah menyifatkan tuduhan yang dilemparkan terhadap ayahnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan terlibat dalam pemalsuan dokumen 1MDB sebagai tidak masuk akal.
Qazaf: Bekas Ketua Pendakwa Syarie mohon semakan dan notis rayuan Anwar
Bekas Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dan dua yang lain memfailkan permohonan untuk mengetepikan semakan dan notis rayuan dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim
Pakatan Rakyat cadang empat langkah hadapi penurunan harga minyak, junaman ringgit
Kerajaan disifatkan perlu menghentikan budaya pembaziran serta cara hidup mewah dan boros pada situasi penurunan harga minyak dan junaman ringgit akhir-akhir ini.
Pengajaran buat PAS kerana bekerjasama dengan Anwar, kata Tun M
Kemelut antara golongan ulama dan profesional yang melanda PAS harus diambil pengajaran oleh parti itu kerana ia hasil kerjasama mereka dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Tun M.