Polis kenal pasti pelajar terbabit kes buli di Pengkalan Chepa

Bernama
April 9, 2016 23:50 MYT
Dalam kejadian itu, Aiman Hazim Zulkeflee, 15, retak tulang lehernya selepas disyaki dibuli pelajar Tingkatan Empat di sekolah itu. Kota Bharu. - Gambar hiasan
Polis mengenal pasti seorang pelajar Tingkatan Empat yang disyaki membuli pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Pengkalan Chepa di sini, Khamis lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Ahmad Taufek Abdullah berkata polis sedang menyiasat kes itu dari semua aspek termasuk motif perbuatan itu.
"Polis masih menjalankan siasatan kes pelajar lelaki yang pengsan selepas dikatakan disepak pelajar senior di sebuah sekolah menengah di Pengkalan Chepa," katanya ketika dihubungi di sini, pada Sabtu.
Mangsa berkenaan dilaporkan stabil di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini.
Dalam kejadian itu, Aiman Hazim Zulkeflee, 15, retak tulang lehernya selepas disyaki dibuli pelajar Tingkatan Empat di sekolah itu.
Akibat kejadian itu, mangsa yang tidak sedarkan diri dibawa guru ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa sebelum dipindahkan ke HRPZII.
#ahmad taufek abdullah #Pengkalan Chepa #polis