Polis kenal pasti lelaki Korea Utara sebagai Kim Chol
Bernama
Februari 14, 2017 00:00 MYT
Februari 14, 2017 00:00 MYT
Polis mengenal pasti lelaki Korea Utara yang cuba mendapatkan bantuan perubatan awal di kaunter khidmat pelanggan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) semalam sebagai Kim Chol.
Dalam satu kenyataan di sini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata identiti lelaki berusia 46 tahun itu yang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dikenal pasti berdasarkan dokumen perjalanannya.
Beliau berkata pasport Kim Chol bernombor 836410070 dan dilahirkan di Pyongyang pada 10 Jun 1970.
"Siasatan sedang dijalankan dan permohonan bedah siasat sudah dibuat bagi memastikan punca kematian," katanya. -- Bernama
#dibunuh di KLIA
#dibunuh di Malaysia
#Khalid Abu Bakar
#kim jong nam
#Kim Jong-un
#Pemimpin Korea Utara
#polis Malaysia