Polis Kelantan jumpa empat mayat di Bachok, dipercayai dibunuh
Muhafandi Muhamad
Oktober 30, 2016 07:39 MYT
Oktober 30, 2016 07:39 MYT
Polis Kelantan mengesahkan penemuan empat mayat di kampung Tanjung Hilir, Bekalam, di sini pada petang Ahad.
Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail memaklumkan mangsa berusia 20 hingga 30 tahun dibunuh dengan modus operandi sama.
Siasatan awal mendapati, mangsa dibunuh di lokasi lain sebelum mayat mereka dicampak ke kawasan itu.
“Mayat ini sekurang kurangnya telah tiga hari meninggal dunia. Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh di bawah 302 Kanun Keseksaan. Modus operandi mungkin ada elemen dendam, mungkin elemen agama. Kita akan pastikan.
“Kita akan berlegar di situ, kepala keempat-empat itu ditutup dengan plastik, di abdomen di dada dan di perut ada empat, ada satu ada dua kesan tikaman, kita percaya (dalang)l ebih daripada seorang , (perbuatan) kumpulan, kita percaya kumpulan,” katanya di sini malam tadi.
Mayat mangsa ditemu penduduk kampung yang melalui kawasan berkenaan.
Menurutnya lagi, setakat ini jantina dan warganegara mangsa belum dapat disahkan dan
kesemua mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat.
Gerakan memburu suspek kini diperhebatkan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampilmenyalurkan kepada pihak polis.