ALOR SETAR: Polis Kedah tidak akan berkompromi dengan sesiapa saja termasuk penguat kuasa di sempadan yang dikesan melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke negara ini melalui sempadan Malaysia-Thailand.
Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang cuba menjadi tali barut sama seperti mana tindakan yang dikenakan terhadap penyeludup yang membawa masuk PATI.
"Kita tidak akan berkompromi dengan ahli-ahli sindiket dan mungkin ada juga tali barut (dari kalangan) penguat kuasa. Mereka menjadi tali barut kepada ahli sindiket ini dan kita akan ambil tindakan sama seperti tindakan terhadap orang lain yang menyeludup," ujar beliau.
Jelas Kamarul Zaman, kegiatan penyeludupan PATI di sempadan Malaysia-Thailand meningkat dipercayai disebabkan ekonomi di negara ini kembali rancak menyebabkan banyak peluang pekerjaan tersedia.
Jelas beliau, sepanjang disember lalu Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) menahan 20 individu termasuk tiga tekong darat rakyat tempatan yang membawa 17 PATI di Plaza Tol Hutan Kampung.
Kemudiannya, pasukan Cawangan Khas IPK berjaya menahan 13 PATI bersama tiga tekong darat warga tempatan di Napoh, Changlun.
Susulan itu, tujuh individu termasuk seorang wanita dan tekong darat Myanmar ditahan di sebuah rumah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Menurutnya, kawalan ketat dijalankan di sempadan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) namun ada antara PATI yang memasuki melalui laluan berbukit dan memotong kawad berduri.
Justeru, pihaknya juga sentiasa bekerjasama dengan pasukan Op Benteng dengan melakukan operasi khas untuk memastikan kumpulan PATI dan tekong darat tidak terlepas.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Jan 05 2022
Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang cuba menjadi tali barut. - Astro AWANI
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Ejen sindiket seludup migran ditahan cuba sogok polis RM50,000
Seramai 16 pendatang tanpa izin warga Myanmar terdiri daripada 11 lelaki, empat wanita dan seorang kanak-kanak turut ditahan dalam operasi berkenaan.
Cuba seludup 82,000kg kelapa semasa banjir
PGA turut menahan dua lelaki berusia 38 dan 40 tahun dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup barangan terbabit.
MAQIS gagalkan cubaan seludup 23 tan ayam sejuk beku dari Thailand
MAQIS turut menggagalkan cubaan membawa masuk sebanyak 16,904kg cili di Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam pada Sabtu lalu.
KPDN Kelantan akui minyak masak paling banyak diseludup ke Thailand
Wujud permintaan tinggi daripada penduduk Thailand memandangkan ia dijual pada harga yang jauh lebih mahal berbanding di Malaysia.
Polis rampas 41,000kg kelapa cuba diseludup ke negara jiran
Hasil pemeriksaan mendapati buah berkenaan tidak mempunyai dokumen yang sah dipercayai untuk diseludup.
Polis rampas 5,000 rokok elektronik bernilai lebih RM500,000 di Tumpat
Polis merampas sebanyak 5,000 unit rokok elektronik yang dianggarkan bernilai RM525,000 yang disyaki untuk diseludup ke pasaran tempatan.
PGA Kelantan rampas 40,000 pokok orkid seludup bernilai RM2.1 juta
Kegiatan penyeludupan berjaya dipatahkan ketika sekatan jalan raya di Chabang Empat Salam, Rantau Panjang pada kira-kira pukul 10.30 pagi.
PGA8 rampas 1,000kg beras seludup di Pasir Mas
PGA8 merampas 1,000kg beras bernilai RM14,260 yang dipercayai diseludup masuk dari Thailand dalam Op Taring Wawasan.
Rakyat Malaysia disyaki seludup dadah ditahan di Singapura
Menurut CNB Singapura, lelaki itu ditahan di sekitar Chin Swee Road dalam satu operasi yang dijalankan pada malam Isnin.
SPRM tahan pengarah agensi penguat kuasa disyaki lindungi sindiket seludup minyak diesel bersubsidi
Lelaki itu ditahan petang tadi bagi dirakam keterangan di Pejabat SPRM Sarawak dan kemudiannya dilepaskan dengan jaminan SPRM berserta seorang penjamin.