Polis Kedah memerlukan kira-kira 400 anggota polis tambahan dari Bukit Aman bagi melancarkan lagi tugas anggota yang sedia ada sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU-14).
Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata bantuan itu adalah pada tahap minimum berikutan polis negeri yang sedia ada telah pun bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan rusuhan atau kacau bilau sepanjang PRU.
Kata beliau, pihaknya juga akan memanggil 370 anggota polis sukarelawan bagi membantu tugas-tugas tidak kritikal seperti di pos-pos mengundi untuk melancarkan perjalanan proses pengundian dan menjaga ketenteraman awam.
"Barangan keperluan lain termasuk peralatan keselamatan dan pertahanan juga sudah kita minta untuk kegunaan di kontinjen Kedah, segala persiapan telah kita lakukan dan anggota kita sudah berada di tahap persediaan yang maksimum
"Mereka juga telah mendapat latihan serta diberi kursus khas sama ada dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi sebarang ancaman sebelum, semasa dan selepas PRU," katanya.selepas menghadiri sesi latihan EX-UNDI PER 2017 peringkat negeri Kedah di sini, pada Jumaat.
Latihan itu membabitkan seramai 432 anggota termasuk 108 pegawai dari kontinjen Kedah yang membabitkan lima fasa bermula 9 November lalu dan berakhir hari ini.
Katanya menerusi latihan yang diadakan ini, pihaknya dapat mengesan beberapa kelemahan pada peralatan dan alat telekomunikasi yang perlu diperbaiki segera supaya kejadian sama tidak berulang dalam keadaan yang sebenar.
"Kita akan lakukan 'post mortem' untuk memantapkan lagi kecekapan anggota kita kerana Kedah adalah antara negeri yang diramal 'panas', jadi kita perlu dedahkan anggota kita dengan persediaan ini untuk mereka berdepan dengan situasi di luar jangkaan nanti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 15 2017
Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata bantuan itu adalah pada tahap minimum berikutan polis negeri yang sedia ada telah pun bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan rusuhan atau kacau bilau sepanjang PRU. - Foto BERNAMA
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
PM berseloroh ambil gaji tahun depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh menyatakan beliau akan mengambil gaji bermula tahun hadapan.
11 mangsa ditempatkan di PPS Segamat
Johor menjadi negeri seterusnya dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut.
Amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 November.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit
Penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis Blok A di Gua Musang, Kelantan bergotong-royong membina rumah bangsal di atas bukit sebagai tempat pemindahan sementara ketika musim tengkujuh.
Palsu kad UNHCR: Lelaki warga Myanmar dipenjara lima tahun, denda RM30,000
Seorang lelaki warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana memalsukan kad UNHCR September lepas.
PDRM umum pertukaran 21 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 21 pegawai kanannya berkuat kuasa 16 Dis ini.
JSPT serius tangani kemalangan libatkan kenderaan perdagangan
168 kes kemalangan termasuk 97 maut, 32 parah dan 39 ringan bagi kenderaan perdagangan, manakala 16 kes melibatkan kenderaan perkhidmatan direkodkan sepanjang Januari hingga September tahun ini.
Polis siasat tindakan khatib sebuah masjid kupas isu beri kewarganegaraan kepada rakyat China
Perkara itu yang dilihat sebagai penyalahgunaan pentas khutbah dan mencemarkan institusi masjid akan disiasat oleh Pasukan Khas 3R Bukit Aman.
GISB: Tun Mahathir kata polis terlalu ‘keras’, ini jawab Shuhaily…
GISB: Tun Mahathir kata polis terlalu keras, ini jawab Shuhaily
Hina Agong: Iswardy Morni diperintah bela diri
Mahkamah Sesyen memerintahkan seorang aktivis membela diri atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan menerusi laman sosial Facebook miliknya yang berbaur hasutan dan menghina Agong.
Kos sijil halal tidak tinggi, serendah RM100 setahun bagi perniagaan kecil - HDC
Ketua Perundingan Halal, HDC Berhad, Dhaliff G. Anuar berkata yuran untuk mendapatkan sijil halal adalah serendah RM100 sahaja bagi perniagaan kecil.
Isu sijil halal: Teresa Kok selesai beri keterangan di Bukit Aman
Teresa tinggalkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selepas keterangannya direkodkan lebih sejam 30 minit.
Isu sijil halal: Teresa Kok tiba di Bukit Aman untuk beri keterangan
Teresa ditemani peguam Syahredzan Johan tiba kira-kira pukul 9.42 pagi.
Penjawat awam dipercayai dalang edar dadah antara 10 ditahan
Dadah yang dirampas itu mampu menanggung penggunaan 30,000 penagih dadah.