Polis kawal bangunan kedutaan Korea Utara
Astro Awani
Mac 7, 2017 13:20 MYT
Mac 7, 2017 13:20 MYT
Pegawai Kedutaan Korea Utara telah dilarang meninggalkan bangunan pejabat itu di Bukit Damansara, lapor portal Mstar.
Pegawai polis dilihat mengawal dan menyekat jalan masuk ke kedutaan dari kedua-dua arah dan memasang garisan polis di hadapan pintu pagar bangunan itu.
Sementara itu Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Nur Jazlan Mohamed dilaporkan berkata, sekatan itu bersifat sementara untuk mengenal pasti jumlah pegawai dan kakitangan kedutaan secara fizikal walaupun kementerian mempunyai rekod mengenai diri mereka di sini.
"Sekatan ini hanya sementara untuk mengenal pasti mereka secara fizikal.
"Pegawai dan staf kita di Korea Utara juga telah disekat untuk keluar dari kedutaan," katanya.