Polis jamin KL selamat - Ketua Polis KL

Astro Awani
September 24, 2015 07:58 MYT
TAJUDDIN: Apa jua bentuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Amerika Syarikat yang berkaitan dengan ancaman keselamatan negara, polis ambil serius dan tidak memandang ringan.
Polis memberi jaminnan keselamatan di kawasan Kuala Lumpur terkawal, di sebalik dakwaan wujud ancaman pengganas di lokasi tertentu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa memaklumkan polis mengambil serius nasihat perjalanan yang dikeluarkan Amerika Syarikat dan Australia kepada rakyat masing-masing.
Memetik laporan Bernama, Tajuddin memaklumkan pihaknya juga akan menyiasat perkara berkenaan dan berjumpa dengan pihak kedutaan Amerika untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas nasihat perjalanan yang dikeluarkan Amerika dan Australia.
Dalam satu kenyataan, rakyat kedua-dua negara dinasihat mengelak mengunjungi Jalan Alor Bukit Bintang kerana mendakwa serangan pengganas boleh berlaku.
Amaran dikeluarkan Kedutaan Amerika dan Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur.
#Ibu Kota #Jalan Alor #keselamatan #nasihat perjalanan #Tajuddin Md Isa
;