Polis guna alat pengesan haba cari guru besar Jashiah Rabu
Bernama
November 6, 2015 09:17 MYT
November 6, 2015 09:17 MYT
Alat pengesan haba digunakan malam Khamis dalam operasi mencari dan menyelamat Jashiah Rabu yang hilang sejak 23 Okt lalu.
Ketua Balai Polis Kuala Kubu Bharu, ASP Mohd Razit Md Tahir berkata alat itu yang lebih berkesan pada waktu malam, digunakan untuk mencari guru besar SK Taman Keramat Satu itu bermula pukul 10.30 malam Khamis.
"Alat itu lebih jelas nampak objek yang terlindung dan senang untuk menjejaki mangsa pada waktu malam. Malam ini, kami fokuskan pencarian sejauh dua kilometer bagi mencari mangsa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.
Mohd Razit berkata sehingga operasi berakhir pada pukul 12.15 tengah malam tidak ada petunjuk baharu ditemui. Operasi SAR akan disambung pada pukul 9 pagi Jumaat.
Jashiah kali terakhir dilihat jirannya keluar dari rumahnya pada 23 Okt lalu dan apabila suaminya Ruzilan Omar, 57, pulang didapati pintu rumah mereka terbuka dan Jashiah tiada di rumah.
BACA: Guru Besar hilang: Apa yang kita tahu setakat ini?
Difahamkan, Jashiah menghala ke kawasan hutan simpan Bukit Kutu selepas keluar daripada rumahnya di Taman Seri Seruling dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain sejauh kira-kira 10 kilometer.