Polis gesa tidak buat spekulasi video tular LTTE
Sinar Harian
Ogos 27, 2019 06:03 MYT
Ogos 27, 2019 06:03 MYT
Polis mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi berhubung penularan video yang dikaitkan dengan upacara perjuangan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang dipercayai diadakan di daerah ini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata semakan mendapati video berdurasi satu minit 25 saat itu telah disunting.
"Sebahagian babak dalam video ini merupakan majlis atau upacara memperingati perjuangan LTTE yang diadakan di kawasan Pelabuhan Klang pada tahun 2017 yang tidak mendapat sambutan.
“Kita meminta supaya orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai penularan video tersebut," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Tegasnya, orang ramai diingatkan untuk tidak menyalahgunakan media sosial dengan berkongsi video yang boleh menggugat ketenteraman awam.
"Polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang mencetuskan keadaan dan situasi yang tidak harmoni," katanya.
#gugat ketenteraman awam
#Harimau Pembebasan Tamil Eelam
#LTTE
#penularan video
#Shamsul Amar Ramli
#upacara perjuangan