Polis gagalkan serangan pengganas susulan penahanan 15 suspek militan Daish

Hakim Rahman
Mac 24, 2016 21:10 MYT
15 suspek pengganas yang mempunyai kaitan dengan militan Daish
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menggagalkan rancangan untuk melancarkan serangan dengan tangkapan terhadap 15 suspek pengganas yang mempunyai kaitan dengan militan Daish.
Tangkapan dilakukan di seluruh negara sejak 22 Mac lalu sehingga pagi tadi di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Terengganu.
Ia melibatkan 11 lelaki dan empat wanita berumur antara 22 hingga 49 tahun.
Semua mereka yang ditangkap mempunyai latar belakang pekerjaan berbeza daripada kakitangan kerajaan, suri rumah, imam dan juga pelajar.
Turut dirampas adalah dokumen-dokumen berkaitan militan Daish.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mengucapkan syabas atas kejayaan tersebut.

Syabas Caw Khas E8 @PDRMsia BAman gempur sel sel berkait IS mulai semlm. Tkap 13 org dan rampas dokumen2 IS. #GoPDRMGo

— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) March 24, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Syabas Cawangan Khas E8 Bukit Aman, gempur sel-sel berkaitan IS mulai semalam," katanya melalui akaun Twitter.
#e8 bukit aman #Khalid Abu Bakar #militan Daish #PDRM #suspek pengganas
;