Polis dituduh cuba menutup kes kematian Sugumar

Teoh El Sen
Januari 25, 2013 13:06 MYT
Keluarga mangsa menolak keputusan bedah sisat ke atas C.Sugumar, 40, yang meninggal dunia selepas dipercayai dibelasah pada hari Rabu dan mahu bedah siasat kedua dilakukan bagi kes tersebut.
Sugumar, 40, dipercayai dibelasah oleh orang ramai dan pihak polis. Keluarga mangsa telah menolak keputusan bedah siasat yang menunjukkan Sugumar mati akibat masalah jantung, lalu meminta bedah siasat kedua dilakukan.
“Sugumar hanya berumur 40 tahun dan tiada masalah kesihatan. Kami sangat hairan apabila seseorang yang sihat tiba-tiba boleh tumbang dan mati setelah ditahan polis,” kata pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) N.Surendran dalam kenyataan bersamanya dengan pemimpin PKR Latheefa Koya.
Mereka (ahli keluarga) mendapati mangsa masih lagi dgari ketika meninggal dunia dan terdapat kesan “pergelutan konsisten dengan polis”, terutama kesan serbuk kunyit di mukanya.
Proses bedah siasat yang dijalankan malam tadi turut mendapati tiada kesan lebam yang serius pada badan mangsa selain dari kesan lebam kecil pada salah satu lutut dan lengan.
Police telah menafikan sebarang perbuatan salah laku yang boleh menyebabkan kematian Sugumar.
“Keputusan bedah siasat menujukkan mangsa mempunyai jantung tersumbat (penyakit arteri koronari). Tiada kecederaan lain," kata Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab.
Polis juga telah berkata si mangsa jatuh ke dalam longkang semasa kekecohan tersebut dan memerlukan bantuan polis. Walau bagaimanapun polis akan meminta untuk satu inkues diadakan untuk kes ini.
Pada hari Rabu, Sugumar dikatakan telah mengamuk di hadapan sebuah kedai di Taman Pekaka, Hulu Langat.
Polis berkata beliau sebelum ini telah berjalan selama kira-kira 2 km dari Dusun Nanding.
Saksi mendakwa bahawa sekumpulan lebih daripada 20 menyerangnya dan empat anggota polis didakwa menggari dan menyerangnya di dalam kekecohan tersebut.
Salah satu anggota polis didakwa membuang serbuk kunyit ke arah si mangsa semasa pergelutan itu.
Sugumar meninggal dunia sebelum polis sempat membawanya ke stesen polis dan ditemui separa bogel.
Pada hari Khamis, rakan-rakan dan keluarga Sugumar telah berkumpul di luar Hospital Serdang di mana mayat Sugumar disimpan.
Peguam mendakwa keluarga telah dilarang melihat mayat Sugumar lebih daripada empat jam.
#C Sugumar #Latheefa Koya #mati #N Surendran #PKR #polis
;