Polis dikerah kawal kesesakan PPV Hotel Grand Seasons
Astro Awani
Ogos 11, 2021 20:34 MYT
Ogos 11, 2021 20:34 MYT
KUALA LUMPUR: Keadaan di sekitar Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hotel Grand Seasons yang sesak dengan warga asing pagi tadi kembali terkawal.
Ia selepas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikerah ke lokasi itu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya berkata pihaknya telah mengambil tindakan segera dengan mengarahkan pasukan pematuhan ke pusat tersebut bagi mengawal keadaan.
"Hebahan telah dibuat kepada orang ramai yang hadir supaya membuat penjarakan sosial dan memakai pelitup muka sebagai SOP yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Pasukan pematuhan berjaya mengawal keadaan di pusat tersebut sehingga program vaksinasi selesai," memetik kenyataan itu.
Terdahulu, tular di media sosial video yang menunjukkan ratusan warga asing berpusu-pusu mendapatkan vaksin secara ‘walk-in’.
Mereka didakwa gagal mematuhi SOP ditetapkan termasuk penjarakan fizikal.
Polis dikerah kawal kesesakan PPV Hotel Grand Seasons
#Pusat Pemberian Vaksin
#PPV
#Hotel Grand Seasons
#PPV sesak
#program vaksinasi
#penjarakan sosial
#MKN
#media sosial
#Majlis Keselamatan Negara
#SOP
#warga asing