Polis cari Tam, bantu siasatan kes bunuh di Bercham
Aida Aziz
Mei 2, 2023 23:14 MYT
Mei 2, 2023 23:14 MYT
IPOH: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang lelaki warga Vietnam untuk membantu siasatan membabitkan kes bunuh yang berlaku di Bercham, di sini pada 18 April lalu.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata lelaki tersebut dikenali sebagai Tam dalam lingkungan usia 30 hingga 40 tahun dengan ketinggian 165-170 cm.
"Penama ini masih dikehendaki bersabit satu kes bunuh yang berlaku di Bercham, Ipoh pada 18 April.
"Orang ramai yang mengenali atau mempunyai sebarang maklumat berhubung lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, ASP Dasarathan Subramaniam di talian
012-5644484 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata PDRM daerah Ipoh memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai penama tersebut supaya tampil bagi membantu pihak polis.