Polis cari Siti Maizatul Hasni

Sinar Harian
Februari 11, 2022 07:12 MYT
Siti Maziatul Hasni kali terakhir dilihat di Sungai Besi, Kuala Lumpur. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang wanita tempatan untuk membantu siasatan membabitkan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.
Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, wanita berkenaan dikehendaki untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
"Siti Maizatul Hasni Mohd Ali, 41, kali terakhir dilihat di Sungai Besi, Kuala Lumpur," menurut kenyataan pada Jumaat.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta untuk menghubungi Inspektor Kalidasan di talian 011-16367407 / 03-92050357, hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999 atau mana-mana balai Polis yang berhampiran.
Artikel asal di Sinar Harian
#Polis Diraja Malaysia #IPD Cheras #bantu siasatan #Siti Maizatul Hasni
;