Polis buru suspek bekal senjata kepada Daish

Hakim Rahman
Mei 3, 2017 14:35 MYT
Suspek, Muhammad Muzaffa Arieff Junaidi, dipercayai melarikan diri ke selatan negara jiran itu.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memburu seorang suspek yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan senjata api dari selatan Thailand untuk kegunaan militan Daish di Malaysia.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Muhammad Muzaffa Arieff Junaidi, 27, dipercayai melarikan diri ke selatan negara jiran itu.
"Alamat terakhirnya ialah No 3 Kampung Gertak, Rantau Panjang, Kelantan dan dia dipercayai membawa selaras senapang jenis M4 Carbine dan sepucuk pistol untuk ke seberang melalui Sungai Golok, Rantau Panjang.
"Dua rakan subahatnya ditahan dalam operasi di Kelantan pada 24 dan 25 Mac lalu," katanya dalam satu kenyataan.
BACA: Enam suspek terlibat aktiviti kumpulan Daish ditangkap
Orang ramai yang mempunyai maklumat, diminta menghubungi Inspektor Mohd Badri Othman di talian 011-26924829 atau menghubungi balai polis yang berhampiran.
#daish #Muzaffa Arieff Junaidi #PDRM #polis #senjata api #Thailand