Polis buru penjenayah positif COVID-19 lari dari hospital
Radhi Muslim
Februari 22, 2022 21:52 MYT
Februari 22, 2022 21:52 MYT
KINABATANGAN: Polis memburu seorang penjenayah positif COVID-19 yang melarikan diri dari Hospital Kinabatangan, awal pagi Selasa.
Lelaki berusia 37 tahun itu yang sedang menjalani kuarantin di hospital berkenaan dipercayai melarikan diri jam 2 pagi.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, lelaki berkenaan ditangkap pada Jumaat lalu atas kesalahan dadah.
Menurutnya, suspek dithan di Perumahan Pekerja Ladang Pontian Pico, Kinabatangan selepas memiliki dadah seberat 30.21 gram.
"Tahanan kemudiannya dibawa ke Hoospital Kinabatangan untuk menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum dimasukkan ke lokap.
“Bagaimanapun, lelaki itu didapati positif COVID-19 lalu dirawat dan dikuarantin di hospital sama.
“Suspek disyaki melarikan diri melalui pintu belakang wad lelaki hospital berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Menurutnya, suspek dipercayai memakai baju kemeja-T berwarna hitam dan seluar jeans.
“Operasi mengesan lelaki berkenaan juga sudah dilancarkan termasuk dengan bantuan Unit Anjing Pengesan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.
“Orang ramai turut dialu-alukan menyalurkan maklumat dengan menghubungi polis Kinabatangan di talian 089-561890 sekiranya melihat suspek.
“Kes disiasat mengikut Seksye ln 223/224 Kanun Keseksaan” katanya.