Polis memburu seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penjualan kad menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V dan Pertubuhan Kerabat D'Raja Kelantan Al-Muhammadi.
Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata pihaknya telah mengenal pasti suspek berusia 66 tahun itu yang juga seorang peniaga, hasil laporan seorang mangsa pada pertengahan bulan ini.
Ab Rahman berkata suspek hanya menunjukkan kad pertubuhan yang dimilikinya kepada mangsa daripada kalangan orang awam dan jika ada yang berminat, mereka hanya perlu mengemukakan dua gambar bersaiz pasport.
"Suspek yang bergerak secara bersendirian kemudiannya akan menyerahkan sekeping kad lengkap dengan nombor pendaftaran dan cip kepada mangsa selepas tempoh tertentu.
"Bagaimanapun, suspek tidak meminta bayaran daripada mangsa dan bergantung kepada mangsa untuk memberi wang kepadanya sebagai imbuhan," katanya kepada pemberita selepas meninjau pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Pak Badol di sini, hari ini.
Ab Rahman berkata suspek yang berpenampilan kemas bagi mengaburi mata mangsanya, sering menggunakan nama anggota kerabat diraja Kelantan bagi memudahkan penipuannya.
Beliau berkata kad itu diminati mangsa atas alasan dapat memudahkan urusan dengan agensi kerajaan, malah turut digunakan bagi mengelak disaman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) jika menggunakan kereta bercermin gelap.
"Kita percaya setakat ini lebih 10 mangsa telah ditipu lelaki itu, namun gerakan memburu suspek agak sukar kerana lelaki berkenaan sering melarikan diri dari satu tempat ke satu tempat selepas mengetahui ada laporan polis dibuat mangsa," katanya.
Semalam, Pertubuhan Kerabat D'Raja Kelantan Al-Muhammadi memberi amaran keras kepada semua pihak agar menghentikan segera tindakan menggunakan nama Sultan Muhammad V dan pertubuhan itu untuk kepentingan peribadi.
Yang Di-Pertuanya Tengku Abdul Halim Sultan Ibrahim berkata pemalsuan kad menggunakan nama dan lambang diraja dikesan sejak 2012 namun semakin berleluasa selepas pelantikan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.
Sementara itu, Ab Rahman berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) pelajar Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi, Kampung Nipah di sini, Mohd Aiman Che Hashim, 15, yang dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai di situ Sabtu lepas, diperluaskan.
Beliau berkata setakat ini SAR hanya tertumpu di kawasan pesisir pantai menerusi kaedah tinjauan yang bermula pada pukul 7 pagi sejak semalam berikutan keadaan ombak bergelora dan tidak memungkinkan kaedah pencarian menerusi kaedah selaman.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 23 2017

AB RAHMAN: Kita percaya setakat ini lebih 10 mangsa telah ditipu lelaki itu.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.
26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.
Mangsa banjir di sabah meningkat kepada 4,555 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,555 orang daripada 1,493 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 4,159 orang daripada 1,362 keluarga pada 4 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Dua tertuduh dakwa dipaksa buat pengakuan
Dua tertuduh dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan atau dikenali sebagai Ijat, memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa mereka telah dipaksa membuat pengakuan berhubung kematian mangsa.
Leraikan pergaduhan, pengawal keselamatan dilanggar kereta
Seorang pengawal keselamatan sebuah pusat hiburan mengalami patah di bahagian pinggul akibat dilanggar kereta ketika cuba meleraikan pergaduhan, di Bandar Botanik, Klang awal pagi semalam.
[TERKINI] Laman X berdepan gangguan, gagal diakses
Platform media sosial milik jutawan teknologi Elon Musk, X berdepan gangguan di beberapa bahagian dunia, termasuk malaysia, pada Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan sempena sambutan Aidilfitri selama empat hari.

Polis siasat majlis istiadat anugerah gelaran 'Datuan'
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berkaitan kes berkenaan selepas menerima tiga laporan polis pada 26 Mac lepas mendakwa wujud perkara mencurigakan ketika majlis penganugerahan tersebut.

Strok haba disyaki punca kematian dua remaja yang ditemui dalam kereta
Laporan awal bedah siasat ke atas mayat dua remaja lelaki ditemui dalam sebuah kereta di sini semalam percaya mereka meninggal dunia disebabkan 'strok haba'.

Penemuan empat mayat dipercayai ada kaitan dengan konflik agama di Myanmar
Polis Kelantan mengesahkan dua daripada empat mayat yang ditemui di Kampung Tanjung Hilir, Bekelam petang Ahad, adalah warga Myanmar.

Pegawai kastam wanita maut kenderaan dirempuh tonto
Mangsa, Anisah Ali, 54, meninggal dunia pada pukul 11.15 malam akibat kecederaan dalaman dan komplikasi usus.