Polis buru pemandu treler terlibat kemalangan maut

Bernama
Oktober 28, 2017 15:52 MYT
Zaldino turut menafikan punca kemalangan semalam disebabkan ular sawa seperti yang ditularkan dalam laman sosial susulan kemalangan itu. - Gambar fail
Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai pemandu lori treler, susulan kemalangan maut yang meragut dua nyawa dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan, di KM270.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan, kira-kira 5 petang, semalam.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Zaldino Zaludin berkata lelaki itu dikenali sebagai P. Kanes, 29, beralamat di Jalan Tembusu, Bukit Rotan, Selangor.
"Individu ini diminta datang sendiri ke Balai Polis Nilai bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Zaldino turut menafikan punca kemalangan semalam disebabkan ular sawa seperti yang ditularkan dalam laman sosial susulan kemalangan itu.
Dalam kejadian itu, dua maut manakala tiga cedera melibatkan kereta jenis Proton Waja, Proton Preve dan Perodua Alza serta sebuah lori treler.
-- BERNAMA
#kemalangan #Seremban
;