Polis buru lelaki jadikan anak angkat 'pemuas nafsu' selama 14 tahun

Radhi Muslim
Ogos 4, 2019 22:04 MYT
Polis berkata, suspek berumur dalam lingkungan 50-an dan dikenali sebagai Mohd Insang. - Foto ihsan PDRM
Polis memburu seorang suspek lelaki yang dipercayai menjadikan anak angkatnya sebagai pemuas nafsu sejak 14 tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, suspek berumur dalam lingkungan 50-an dan dikenali sebagai Mohd Insang.
Katanya, kejadian dilaporkan bermula sejak tahun 2004 ketika mangsa berumur 12 tahun sehingga tahun 2018.
Kejadian dipercayai berlaku di beberapa lokasi, termasuk di rumah suspek di Kampung Sarip.
Difahamkan, mangsa dijaga suspek sebagai seorang bapa angkat sejak ibu bapanya bercerai.
Mangsa, yang kini berumur 27 tahun, akhirnya membuat laporan polis pada Ahad minggu lalu.
"Mangsa dijaga suspek sebagai seorang bapa angkat sejak ibu bapanya bercerai.
"Mangsa yang kini berumur 27 tahun tidak tahan dibelenggu kejadian berkenaan akhirnya membuat laporan pada Ahad minggu lalu.
"Selama ini pengadu tidak menceritakan kejadian kerana suspek mengugut membunuh mangsa," katanya dalam satu sidang media, pada Ahad.
Justeru, beliau meminta kerjasama orang ramai yang terlihat suspek agar menghubungi polis dengan segera.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
#Anak angkat #Kampung Sarip #Mohd Insang #pemuas nafsu #Polis Daerah Lahad Datu #rogol anak angkat #Seksyen 376 Kanun Keseksaan
;