PADANG BESAR: Polis Perlis sedang giat mengesan dalang utama yang dipercayai membekalkan ribuan data peribadi kepada sindiket penipuan pendaftaran kad SIM prabayar secara tidak sah.
Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad berkata pihaknya telah mengenal pasti identiti suspek yang kini berada di utara negara.
"Kita bersama dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang giat melengkapkan siasatan bagi membawa suspek ke muka pengadilan.
"Kes yang berkaitan dengan teknikal seperti peralatan telekomunikasi diserahkan kepada MCMC, manakala kes berkaitan dengan jenayah komersial seperti data peribadi dalam siasatan polis," katanya kepada pemberita pada sidang media sempena majlis pelupusan barang kes daun dan cecair ketum di sini hari ini.
Sebelum ini, Bernama melaporkan polis memberkas tujuh individu termasuk tiga wanita yang dipercayai terlibat dalam sindiket penipuan pendaftaran kad prabayar yang berselindung di sebalik perniagaan syarikat telekomunikasi pada 15 Jun lepas.
Kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan Seksyen 239 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana memiliki kelengkapan peranti tiada standard.
Sementara itu, mengulas mengenai pelupusan barang kes hari ini, Surina berkata Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perlis melupuskan 58 tan barangan kes melibatkan daun ketum dianggarkan bernilai RM1.23 juta.
Katanya, kesemua barang kes ini telah selesai perbicaraan di mahkamah dan mendapat perintah untuk dilupuskan.
Beliau berkata setakat 26 Jun lepas, JSJN Perlis berjaya membuat tangkapan seramai 1,149 suspek atas pelbagai kesalahan dadah dan daun ketum, dalam pada masa yang sama telah berjaya merampas pelbagai jenis dadah sebanyak 369.12 kilogram (kg) dan 35 tan daun ketum.
"Kes dan tangkapan JSJN Perlis pada tahun ini menurun sebanyak 50 peratus dan rampasan pula menurun sebanyak 60 peratus," katanya.
Beliau berkata penurunun tersebut berlaku akibat penguatkuasaan berterusan oleh pihak polis dan agensi terbabit serta faktor luaran apabila Thailand membenarkan penggunaan daun ketum.
"Selain itu, daripada sumber risikan polis harga pasaran daun ketum telah jatuh daripada RM180 sekilogram kepada RM40 sekilogram," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 29 2022
Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad berkata pihaknya telah mengenal pasti identiti suspek yang kini berada di utara negara. - Gambar hiasan
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Agensi privasi Belanda denda Uber AS$324 juta pindah data peribadi pemandu ke AS
Uber telah memindahkan data peribadi pemandu teksi Eropah ke AS dan gagal melindungi data dengan sewajarnya.
Semua pengguna Google akan layak menerima laporan web gelap
Laporan web gelap Google ini menyemak nama, alamat, nombor telefon dan emel pengguna yang mungkin telah tertiris.
PADU: Bimbang data digodam
Orang ramai mengakui kurang jelas dan tidak diberikan pendedahan sepenuhnya mengenai keperluan untuk berbuat demikian.
Malaysia mulakan transformasi untuk tingkatkan tadbir urus data - Gobind
Malaysia telah memulakan transformasi untuk menambah baik tadbir urus data melalui penilaian semula Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Kerisauan terhadap PADU wajar - Khairil Nizam
kerisauan ini wajar kerana PADU mendapat akses data daripada 445 institusi sektor awam seluruh negara.
Rakyat Malaysia boleh guna PADU tanpa was-was - Fahmi
Rakyat Malaysia boleh menggunakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) tanpa ragu-ragu atau risau terhadap tahap keselamatan data peribadi mereka.
'Saya lahir, dibesarkan di sini' - Pempengaruh, Dd Chronicles
Dd Chronicles mengulas berkaitan isu dakwaan fitnah berkaitan kad pengenalan dan data peribadinya yang dimanipulasi pihak tertentu.
Wanita warga asing antara sembilan ditahan terlibat sindiket keldai akaun bank
Amihizam berkata kesemua mereka yang berusia dalam lingkungan 22 hingga 50 tahun itu ditahan menerusi serbuan di sebuah premis di Lembah Klang, Rabu lepas.
Akta Perlindungan Data Peribadi perlu dipinda, elak data diguna untuk penipuan - Fahmi
Perkara itu penting kerana kebanyakan insiden penipuan berlaku setelah maklumat peribadi mangsa dicuri.
Data peribadi kira-kira 20 pelanggan didedahkan di laman web gelap - AKPK
AKPK turut menjangkakan penjenayah tersebut akan mendedahkan lebih banyak maklumat termasuk nama serta nombor MyKad terbabit.