Polis berkas 326 lelaki di gelanggang sabung ayam
Bernama
Februari 5, 2017 06:52 MYT
Februari 5, 2017 06:52 MYT
Polis memberkas 326 lelaki dipercayai terlibat dalam aktiviti haram sabung ayam, dalam serbuan besar-besaran di sini pada Ahad.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor berkata, pada kira-kira 3.35 petang tadi, sepasukan pegawai polis bersama 20 anggota dari ibu pejabat Jabatan Siasatan Jenayah (CID) diketuai oleh DSP Mohd Azam Ismail melancarkan serbuan itu di gelanggang sabung ayam di Taman Berlian, Kota Samarahan.
Mazlan berkata, 21 ekor ayam sabung, tiga ekor ayam yang telah mati, taji, cip judi dan wang tunai turut dirampas.
"Semua yang ditangkap dibawa ke IPD Kota Samarahan untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini. -- Bernama