Polis berjaya kesan pemandu lawan arus

Sinar Harian
September 4, 2024 17:00 MYT
Video tular memaparkan kenderaan SUV yang dipandu secara melawan arus. -Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Polis sudah mengenal pasti pemandu yang didapati memandu secara melawan arus di Jalan Persiaran Impian Emas pada Selasa.

Ringkasan AI
  • Polis telah mengenal pasti pemandu yang memandu secara melawan arus di Jalan Persiaran Impian Emas pada Selasa. Kejadian ini berlaku sekitar jam 1.58 tengah hari dan video kejadian tersebut telah tular di aplikasi X.
  • Kejadian melibatkan sebuah SUV Proton X70 yang memasuki laluan bertentangan di Jalan Persiaran Emas, Skudai. Pemandu tersebut adalah seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan. Jika sabit kesalahan, pemandu boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000 untuk kesalahan pertama.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner, Balveer Singh Mahindar Singh, kejadian berlaku sekitar jam 1.58 tengah hari itu dimuat naik oleh seorang pemilik akaun aplikasi X dan video tular itu memaparkan sebuah kereta dipandu secara melawan arus.
"Siasatan polis mendapati kejadian melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 warna yang memasuki laluan bertentangan di Jalan Persiaran Emas, Skudai.
"Polis berjaya mengesan pemandu kereta berkenaan iaitu seorang lelaki warga tempatan berusia 47 tahun bagi membantu siasatan," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan.
Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000, untuk kesalahan pertama. -Sinar Harian
#lawan arus #video tular #SUV #Jalan Persiaran Impian Emas #X70
;