Polis Terengganu belum menerima laporan daripada mana-mana pihak berkaitan kes buli membabitkan dua pelajar sekolah menengah di negeri berkenaan, yang klip video perbuatan itu menjadi tular di media sosial sejak pagi ini.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail bagaimanapun berkata insiden itu dalam makluman polis dan dipercayai berpunca daripada insiden ejek mengejek yang berakhir dengan kejadian buli, membabitkan pelajar Tingkatan Dua dan Empat di sebuah sekolah menengah di Setiu, pagi semalam.
Beliau berkata difahamkan pihak sekolah sedang berunding dengan ibu bapa kedua-dua pelajar berkenaan untuk mencari penyelesaian tanpa melibatkan polis, dan menurutnya polis memang memandang serius perkara ini.
"Kami nasihatkan semua pihak termasuk ibu bapa dan sekolah supaya memainkan peranan masing-masing bagi mencegah kejadian seumpama ini daripada berlaku," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, di sini hari ini.
Sejak pagi tadi, tular di media sosial mengenai satu video berdurasi 14 saat yang memaparkan seorang pelajar lelaki menumbuk dan menendang seorang pelajar dalam sebuah kelas sambil diperhatikan beberapa pelajar lain.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin berkata beliau masih menunggu laporan penuh daripada sekolah terbabit dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Setiu berkaitan kejadian itu.
"Saya dimaklumkan kejadian itu berlaku pada waktu rehat melibatkan pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan Dua," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Hari Raya anjuran JPNT, di sini hari ini.
"Saya sudah mengarahkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Setiu dan pengurusan sekolah terbabit mengambil tindakan berhubung perkara ini dan melaporkan segera kepada JPNT," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 23 2019
![Polis belum terima laporan kes buli pelajar sekolah Polis belum terima laporan kes buli pelajar sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/71524550917_KetuaPolisTerengganu.jpg)
AIDI: Saya dimaklumkan kejadian itu berlaku pada waktu rehat melibatkan pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan Dua. - Gambar fail
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Aidi bersara selepas 36 tahun bersama PDRM Aidi bersara selepas 36 tahun bersama PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703891045_DatukSeriAidiIsma.jpg)
Aidi bersara selepas 36 tahun bersama PDRM
Anak jati kelahiran Kuala Terengganu itu memulakan kariernya selepas menamatkan latihan asas kepolisan di Pulapol Kuala Lumpur pada 1989.
![Pegawai Kor SUKSIS diingat sentiasa terap prinsip Rukun Negara Pegawai Kor SUKSIS diingat sentiasa terap prinsip Rukun Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694257233_TBAIDIISMAIL.jpg)
Pegawai Kor SUKSIS diingat sentiasa terap prinsip Rukun Negara
Pegawai Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) diingatkan agar sentiasa menerapkan Prinsip Rukun Negara dalam kehidupan mereka.
![Op Selamat 18: Jenayah pecah rumah seluruh negara berkurang Op Selamat 18: Jenayah pecah rumah seluruh negara berkurang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652533393_TBSEPAKTAKRAW.jpg)
Op Selamat 18: Jenayah pecah rumah seluruh negara berkurang
Ia mencatatkan penurunan dengan 350 kes berbanding Ops Selamat pada 2019 iaitu sebanyak 790 kes.
![Mohd Azman memulakan tugas selaku Pesuruhjaya Polis Sarawak Mohd Azman memulakan tugas selaku Pesuruhjaya Polis Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650259389_PengarahJabatanKes.jpg)
Mohd Azman memulakan tugas selaku Pesuruhjaya Polis Sarawak
Mohd Azman menggantikan Datuk Aidi Ismail yang berpindah ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
![PDRM tambah anggota, pegawai di pintu sempadan negara mulai 1 April PDRM tambah anggota, pegawai di pintu sempadan negara mulai 1 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/51590564248_LogoPDRM.jpg)
PDRM tambah anggota, pegawai di pintu sempadan negara mulai 1 April
Penambahan berkenaan dilakukan bagi mengawal penularan COVID-19 yang dikhuatiri boleh dibawa oleh pengembara.
![Aidi Ismail Pengarah JPJKK baharu Aidi Ismail Pengarah JPJKK baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645618096_BukitAman.jpg)
Aidi Ismail Pengarah JPJKK baharu
Datuk Aidi Ismail hari ini menerima tugas sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman yang baharu.
![1,500 anggota Polis Sarawak sedia digerakkan hadapi banjir - Aidi Ismail 1,500 anggota Polis Sarawak sedia digerakkan hadapi banjir - Aidi Ismail](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71639740785_TBPRNUNDIAWAL.jpg)
1,500 anggota Polis Sarawak sedia digerakkan hadapi banjir - Aidi Ismail
Sejumlah 1,500 anggota PDRM di Sarawak sudah bersiap sedia untuk digerakkan bagi membantu orang ramai dalam menghadapi bencana banjir.
![Suspek ditembak mati polis didapati miliki senapang patah Suspek ditembak mati polis didapati miliki senapang patah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71639578801_tembakKuching.jpg)
Suspek ditembak mati polis didapati miliki senapang patah
Ketika anggota polis menghampiri kenderaan itu, pemandu yang merupakan lelaki berumur 24 tahun didapati sedang mengeluarkan selaras senjata api.
![PRN Sarawak: 2,295 permit kempen diluluskan setakat ini - Polis PRN Sarawak: 2,295 permit kempen diluluskan setakat ini - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41639484786_TBPRNUNDIAWAL.jpg)
PRN Sarawak: 2,295 permit kempen diluluskan setakat ini - Polis
Polis Sarawak telah meluluskan 2,295 permit kempen kepada calon dan parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 dalam tempoh sejak hari penamaan calon 6 Dis lepas hingga semalam.
![Kes tembak anggota TUDM: Polis tunggu laporan forensik Kes tembak anggota TUDM: Polis tunggu laporan forensik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41618479238_AidiIsmail.jpg)
Kes tembak anggota TUDM: Polis tunggu laporan forensik
Polis sedang menunggu laporan forensik berkaitan insiden tembakan melibatkan empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban di kem TUDM, Kota Samarahan, 13 Ogos lepas.