Polis bebaskan Haziq dengan jaminan
Astro Awani
Jun 15, 2019 18:37 MYT
Jun 15, 2019 18:37 MYT
Haziq Abdul Aziz, individu yang mengaku sebagai pelaku dalam video intim yang tular baru-baru ini, dibebaskan dengan jaminan polis pada petang Sabtu.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong itu dilihat di tempat duduk belakang kenderaan jenis Proton Perdana yang beredar meninggalkan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira jam 5.45 petang.
Peguamnya, Sivahnathan Ragava difahamkan turut bersamanya di dalam kenderaan tersebut.
Haziq, 27, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat, sehari selepas membuat pengakuan sebagai salah seorang pelaku di dalam video intim yang didakwa melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali.
Pemuda itu berdepan empat pertuduhan termasuk menyebarkan bahan lucah serta melakukan persetubuhan luar tabi’i.