Polis ambil keterangan Tun M

Astro Awani
Disember 13, 2017 14:05 MYT
Polis mengambil keterangan Dr Mahathir berhubung isu penghinaan terhadap masyarakat Bugis. - Gambar fail
Beberapa pegawai polis memasuki pejabat Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana.
Ia dipercayai bagi mengambil keterangan bekas perdana menteri itu berhubung isu kerugian urus niaga Forex sekitar 90-an.
Perkembangan ini menyusul kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun semalam, klik sini sekiranya anda terlepas kenyataan KPN semalam.
Fuzi antara lain mengesahkan polis akan mengambil keterangan Dr Mahathir berhubung isu penghinaan terhadap masyarakat berketurunan Bugis di Malaysia.
LAPORAN LANJUT MENYUSUL
#Berita Terkini Tun M #bugis #Bugis Malaysia #Dr M #Hina Bugis #Ketua Polis Negara #PDRM #PPBM #Tan Sri Mohamad Fuzi Harun #Terkini PDRM #Tun Dr Mahathir Mohamad #Tun M disiasat
;