Polis ambil keterangan Ramesh Rao di Bukit Aman

Bernama
Ogos 22, 2020 05:13 MYT
Ramesh hadir memberi keterangan di Bukit Aman pukul 11 pagi semalam bagi membantu siasatan. --fotoBERNAMA
Polis mengambil keterangan Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Ramesh Rao, berhubung satu akuan bersumpah (SD) mendakwa seorang pemimpin politik pembangkang terbabit dalam kes liwat.
Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata, Ramesh hadir memberi keterangan di Bukit Aman pukul 11 pagi semalam bagi membantu siasatan.
“Siasatan dijalankan secara menyeluruh dan ada beberapa lagi individu akan dipanggil untuk kes ini,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Sebelum ini, satu SD mendakwa seorang lelaki mengadakan hubungan luar tabii dengan seorang ahli politik sebanyak empat kali di hotel berbeza di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang pada 2013, tular menerusi media sosial.
Bagaimanapun, individu yang membuat SD itu membuat laporan polis minggu ini, mendakwa Ramesh mempengaruhinya agar membuat tuduhan tersebut.
BACA: Kes SD liwat: Polis panggil individu beri keterangan - Ketua Polis Negara
-- BERNAMA
#ahli politik #akuan bersumpah #Bukit Aman #hotel #hubungan luar tabii #keterangan #laporan polis #liwat #media sosial #Mior Faridalathrash Wahid #pembangkang #pengaruh #polis #politik #Ramesh Rao #SD #siasatan
;