Polis ambil keterangan Dr Mahathir
Bernama
Jun 2, 2023 19:35 MYT
Jun 2, 2023 19:35 MYT
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kenyataan berunsur penghinaan ke atas Institusi Diraja dan Proklamasi Orang Melayu.
Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Saaduddin dalam kenyataan hari ini berkata keterangan Dr Mahathir diambil Unit Siasatan Jenayah Terkelas, D5 Bukit Aman di Yayasan Albukhary di sini pada 10.30 pagi tadi.
Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.
"Kes masih diperingkat siasatan," katanya.
-- BERNAMA