Polis akan siasat rakaman, sebaran video Zamani

Astro Awani
Januari 22, 2015 15:07 MYT
KHALID: PDRM akan siasat dan ambil tindakan tegas - Gambar Fail
Ketua Polis Negara menyatakan pihak polis akan menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang merakam dan menyebarkan klip video penyanyi Zamani Slam ketika dia yang sedang digari di dalam tahanan.
Perkara itu dimaklumkan melalui twitter rasmi Tan Sri Khalid Abu Bakar sebentar tadi.

@PDRMsia akan siasat dan ambil tindakan tegas terhadap org yg merakam dan muat naik video Zamani nyanyi semasa bergari

— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) January 22, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Video yang berdurasi 1 minit 21 saat itu menunjukkan penyanyi tersebut telah disuruh menyanyi lagu hitnya ‘Gerimis Mengundang’ dalam keadaan duduk dan tangan bergari.
Sungguhpun dalam keadaan sedemikian, penyanyi bersuara emas itu hanya menuruti permintaan 'peminat' tersebut.
Video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi pengguna laman sosial sehingga ada yang simpati dengan nasib penyanyi berusia 43 tahun itu.

Sedih tengok video Zamani Slam kena nyanyi dalam keadaan bergari tu. He's like my crush masa 1996 till now. Cepatlah tangkap manusia keji tu

— Hajar Kamal (@HajarKamal) January 22, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

I hope that Zamani will choose to sue the police officer for defamation.Just because he sinned,it doesn't give you the right to defame him.

— Priscilla M Low (@TheLow95) January 22, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Napela kau aniaya Zamani Slam gtu skali. Salah tetap salah! Tp jgn malukn dia smpai suruh dia nyanyi dgn tgn bergari! Ada la rsa belas skit

— Azean HK (@eanhk) January 22, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Setiap orang punya masa lampau. Tindakan pegawai polis yg merakam artis Zamani Slam menyanyi sambil tangan bergari tu melampau. Malu la dia.

— ن (@TimSarah25) January 22, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

kesian zamani , siapalah yg aib video die tu . semoga org tu mendpt blsan yg setimpal

— wawa (@wawawyda) January 22, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kesian pulak aku tengok zamani nyanyi sambil tangan bergari...

— ALYAH (@AlyaRzk) January 22, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kami anak seni bantah sekeras-kerasnya tindakkan polis trhdap Zamani yg dsuruh mnynyi dlm keadaan tgn brgari! #BantahTindakanPolisKpdZamani

— Mija (@HamizahKA) January 22, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#BantahTindakanPolisKpdZamani " Say no to bullying " /p>— songwriter(@sulusarawak) January 22, 2015

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#BantahTindakanPolisKpdZamani Semua benda nak di videokan. Hai manusia oh manusia . Kesian Zamani.

— Miss MR (@miramawardi) January 22, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tidak kurang juga yang menyalahkan individu terbabit yang merakam dan menyebarkan video tersebut sehingga mengaibkan penyanyi popular itu.
Pada Rabu telah dilaporkan seorang penyanyi telah ditahan bersama seorang wanita di kediamannya di Keramat kerana dipercayai positif dadah.
#Khalid Abu Bakar #video #Zamani Slam
;