'Polis akan siasat laporan terhadap Tun M'

Astro Awani
April 13, 2015 13:33 MYT
WAN JUNAIDI: Polis akan bertindak adil. Tidak ada sesiapa pun yang dikecualikan daripada undang-undang - Gambar Fail
Laporan polis yang dibuat orang ramai terhadap mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan disiasat.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar membuat kenyataan itu sambil berkata tidak ada individu yang dikecualikan daripada tindakan undang-undang, lapor portal The Rakyat Post.
"Polis akan bertindak adil. Tidak ada sesiapa pun yang dikecualikan daripada undang-undang.
"Biasanya, jika terdapat laporan, polis akan menyiasat mereka," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini pada Isnin.
Pertubuhan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 8 April melancarkan satu siri laporan polis terhadap Dr Mahathir di atas dakwaan menghasut.
Antara cawangan SAMM yang berbuat demikian termasuk Pahang, Selangor dan Pulau Pinang.
#Dr Wan Junaidi Tuanku Wan Jaafar #SAMM #Solidariti Anak Muda Malaysia #TUN DR MAHATHIR