Polis akan siasat exco Pulau Pinang berhubung khutbah Jumaat - KPN

Bernama
Februari 9, 2015 07:33 MYT
KHALID: PDRM telah berkali-kali mengingatkan orang awam supaya berhati-hati membuat komen yang menyentuh sensitiviti perkauman dan agama. -Gambar fail
Polis akan menjalankan siasatan terhadap anggota exco Pulau Pinang, Chong Eng, kerana dipercayai mengkritik khutbah Jumaat berkenaan isu menutup aurat.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, menerusi status akaun twitternya pada Isnin, berkata Chong Eng akan disiasat di bawah Seksyen 298 Akta Kanun Keseksaan.

2) @PDRMsia akan jlnkan siasatan diatas Komen oleh Exco Kerajaan PPg yg menyentuh Khutbah Jumaat mengenai Aurat Wanita dibawah Sect 298 PC.

— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) February 9, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"PDRM telah berkali-kali mengingatkan orang awam supaya berhati-hati membuat komen yang menyentuh sensitiviti perkauman dan agama, tetapi tidak juga diendahkan," katanya.
Media dalam talian melaporkan Chong Eng dalam kenyataannya hari ini mengkritik khutbah Jumaat minggu lepas oleh Jabatan Agama Islam yang bertajuk 'Aurat: Antara Kebebasan dan Maruah Diri'.
Laporan itu memetik Chong Eng yang menyifatkan mesej tutup aurat tidak membantu wanita daripada serangan seksual dan penderaan.
#akta kanun keseksaan #aurat wanita #Chong Eng #Khalid Abu Bakar #khutbah Jumaat #seksyen 298
;