Polis akan panggil bekas presiden Majlis Peguam, Christopher Leong - KPN

Haider Yutim
Mac 28, 2015 12:54 MYT
Ia dipercayai berhubung kenyataan Leong bulan lalu tentang penghakiman ke atas kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. -Gambar fail
Polis akan memanggil bekas Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong kerana membuat kenyataan menghasut dan mengelirukan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Ia dipercayai berhubung kenyataan Leong bulan lalu tentang penghakiman ke atas kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Khalid dalam sebuah posting di Twitter, telah mengesahkan menerima laporan tentang kenyataan tersebut dan memaklumkan akan memanggil Leong berhubung perkara itu.

@PDRMsia sahkan terima lapuran re-statement yg berunsur menghasut dan mengelirukan Rakyat oleh Christopher Leong. Kita akan panggil CL.

— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) March 27, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Leong pada 26 Februari lalu, telah mengkritik sistem kehakiman negara serta mempertikai keputusan Mahkamah Persekutuan yang menjatuhkan hukuman penjara terhadap Anwar.
Kenyataan Leong itu juga telah menimbulkan reaksi marah sekumpulan 100 peguam yang dikenali sebagai G100 yang mendesak Leong yang ketika masih Presiden Majlis Peguam, meletakkan jawatan.
Selain itu mereka turut membuat usul mendesak Leong menarik balik kenyataannya yang mempertikai urusan kehakiman negara itu.
Bagaimanapun Badan Peguam dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang ke-69 telah menolak usul untuk menarik balik kenyataan tersebut.
Keputusan itu dicapai apabila terdapat 1,194 ahli Badan Peguam yang tidak bersetuju dengan usul itu, manakala yang bersetuju hanya 161 ahli.
#Anwar Ibrahim #badan peguam #christopher leong #Khalid Abu Bakar #Majlis Peguam
;