Polis mengeluarkan amaran akan mengambil tindakan lebih tegas untuk memelihara ketenteraman awam dan memastikan tidak berlaku "pertembungan" antara penyokong-penyokong Baju Kuning dan Baju Merah.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pada ketika ini, polis mengamalkan pendekatan sederhana dalam menangani isu penganjuran perhimpunan dan perarakan haram oleh pihak-pihak tertentu di Malaysia.
"Sekarang kita ambil tindakan secara sederhana, kita tidak mahu mencetuskan keadaan tidak selesa tetapi jikalau perkara ini berterusan kita akan mengambil tindakan tegas," katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.
Noor Rashid yang berada di Bangkok untuk menghadiri sambutan Hari Polis Diraja Thai berkata demikian ketika terdapatnya kebimbangan tentang kemungkinan "pertembungan" antara penyokong-penyokong Baju Kuning dan Baju Merah.
Penganjur Bersih 2.0 dijangka menganjurkan Perhimpunan Bersih 5.0 pada 19 Nov ini dan penyokongnya digelar "Baju Kuning" telah pun mengadakan konvoi di beberapa lokasi untuk menarik penyokongnya menghadiri perhimpunan itu.
"Baju Merah" yang menentang Bersih 5.0 memberi amaran akan menganjurkan perhimpunan sama bagi menyaingi apa dilakukan oleh "Baju Kuning" itu, menimbulkan kebimbangan tentang pertembungan antara kedua pihak itu.
Dalam beberapa insiden yang berlaku baru-baru ini, kedua-kedua pihak telah bertembung menyebabkan berlakunya kekecohan.
Noor Rashid berkata, pihak polis sedang menjalankan siasatan terhadap kekecohan yang berlaku akibat pertembungan di antara penyokong kedua-dua pihak baru-baru ini.
Polis, katanya, tidak dimaklumkan tentang perarakan yang menyebabkan kekecohan itu, sebagaimana yang berlaku di Teluk Intan dan Sabak Bernam.
"Siasatan sedang kita jalankan dan kita akan pastikan siasatan dilengkapkan dalam masa terdekat. Kita akan pastikan mereka yang enggan mengikut peraturan dan undang-undang, dikenakan tindakan yang sewajarnya," katanya.
Menurut Noor Rashid, arahan telah pun dikeluarkan kepada ketua-ketua polis negeri untuk mengatur gerak pegawai dan anggota mereka termasuk daripada Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) untuk memastikan tidak berlaku sebarang insiden.
Beliau meminta mana-mana pihak yang mahu mengadakan perhimpunan atau perarakan supaya mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan di bawah Akta Perhimpunan Aman.
"Jikalau Kuning atau Merah mahu buat perhimpunan, mereka perlu maklum kepada polis supaya (polis) boleh rancang tindakan awal bagi memastikan pertembungan yang berlaku sebelum ini tidak berlaku pada masa akan datang," kata beliau.
Timbalan Ketua Polis Negara itu berkata, kedua-dua pihak mempunyai tanggungjawab untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan bagi memelihara ketenteraman awam.
Bagaimanapun, katanya, setakat ini polis belum menerima sebarang permohonan untuk menganjurkan perhimpunan atau perarakan daripada mana-mana pihak, Kuning atau Merah. - Bernama
Bernama
Sat Oct 15 2016
![Polis akan bertindak lebih tegas elak pertembungan 'merah' dan 'kuning' Polis akan bertindak lebih tegas elak pertembungan 'merah' dan 'kuning'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/41475326053_BajuMerahLumut.jpg)
Penyokong baju merah dan penyokong Bersih 5 di Lumut, Perak pada 1 Oktober 2016. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Bersih 5: Berlangsung aman tanpa drama Bersih 5: Berlangsung aman tanpa drama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/51479561917_BERSIH.jpg)
Bersih 5: Berlangsung aman tanpa drama
Himpunan Bersih 5 yang diadakan di ibu negara berlangsung dengan aman tanpa berlaku sebarang insiden yang tidak diingini sepanjang perarakan yang bermula sekitar jam 8 pagi Sabtu.