Polis akan ambil keterangan Ismail Sabri berhubung status Facebook

Astro Awani
Februari 2, 2015 22:37 MYT
Khalid melalui Twitternya berkata pihak polis akan merakam percakapan Ismail Sabri mengenai isu status Facebooknya. -Gambar fail.
Pihak polis akan menghubungi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mengambil keterangan beliau mengenai saranannya supaya orang Melayu memboikot peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang dan perkhidmatan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui Twitternya berkata, “@PDRMsia akan panggil Menteri Pertanian untuk kita rakam percakapannya dalam isu ini. PDRM akan memastikan keharmoniam kaum dihormati.”

@PDRMsia akan panggil Menteri Pertanian utk kita rakam percakapan nya dlm Isu ini. PDRM akan memastikan keharmoniam kaum dihormati

— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) February 2, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam tweet terbaharunya sejurus kemudian, Khalid turut meminta semua pihak supaya mengelak membuat kenyataan awam yang boleh menggugat keharmonian kaum.

Boycott issue, @PDRMsia ask all parties to immediately excercise restraints in making pub statements. It hurts our racial harmony.

— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) February 2, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kenyataan Ismail Sabri yang dimuat naik di status Facebooknya telah menerima pelbagai reaksi dan kritikan daripada banyak pihak termasuklah daripada para pemimpin pembangkang serta Barisan Nasional sendiri.
Beliau, walau bagaimanapun, memberi penjelasan bahawa kenyataannya di Facebook itu tidak ditujukan kepada semua kaum Cina tetapi peniaga Cina yang masih tidak mahu menurunkan harga walaupun harga minyak sudah turun.
“Tentang (isu) Melayu untuk boikot peniaga Cina ini, saya respon kepada Facebook yang mana mereka marah-marah kepada peniaga-peniaga Cina yang degil tidak mahu turunkan harga.
“Jadi prinsipnya sama iaitu mereka yang majoriti (perlu) gunakan kuasa majoriti dan tidak hanya merungut dan bercakap dalam Facebook semata-mata,” jelas beliau.
Ismail Sabri berpendapat, tindakan mana-mana peniaga yang tidak menurunkan harga barangan selepas penurunan harga minyak yang begitu banyak, adalah seolah-olah satu sabotaj untuk menaikkan kemarahan rakyat kepada kerajaan.
#Cina #Facebook #Ismail Sabri #Khalid Abu Bakar #PDRM #polis #rasis
;