Podcast Realiti Rakyat: Strategi menangani pengangguran belia
Astro Awani
Mei 15, 2020 14:29 MYT
Mei 15, 2020 14:29 MYT
Paparan realiti kehidupan rakyat berdepan dengan normal baharu kehidupan ketika menghadapi pandemik COVID-19.
SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan Pensyarah Kanan Pembangunan Belia Fakulti Pengajian Pendidikan UPM, Dr Mohd Mursyid Arshad dalam membincangkan isu pengangguran dalam kalangan belia di Malaysia.
Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini mengumumkan peningkatan unjuran kadar pengangguran kepada 4 peratus untuk tahun 2020. Jumlah penganggur pada Mac pula meningkat 17.1 peratus kepada 610,500 orang berbanding 521,300 orang pada bulan yang sama tahun lalu.
Belia berusia 15 hingga 29 tahun adalah kumpulan penting kepada pasaran buruh negara kerana merangkumi hampir 40 peratus daripada keseluruhan tenaga buruh.
Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501 Astro AWANI, jam 8:30 pagi.