Podcast Realiti Rakyat di Pasir Pinji, Ipoh bersama Howard Lee Chuan How

Astro Awani
April 20, 2020 09:02 MYT
Paparan realiti kehidupan rakyat berdepan dengan norma baharu kehidupan ketika menghadapi pandemik COVID-19.
SEGMEN Realiti Rakyat kali ini menampilkan ADUN Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How yang berkongsi bagaimana pelaksanaan PKP sedikit sebanyak menjejaskan penduduk kawasan Pasir Pinji.
Antara isu yang dikupas termasuk cabaran perusahaan mikro dan PKS yang tidak dapat menjana pendapatan serta isu kehilangan pekerjaan dan kekurangan bekalan makanan.
Episod ini telah disiarkan secara langsung dalam program AWANI Pagi, di saluran 501, jam 8:30 pagi.
#ADUN #COVID19 #Ipoh #koronavirus #PKS #podcast #rakyat #Realiti Rakyat